31 August 2010

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka!!!

 

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka!!! Inilah laungan keramat oleh Tuanku Abdul Rahman yang masih melekat dalam jiwa kita sehingga kini.. Detik bersejarah ini tidak mustahil akan dilupakan selamanya kerana ia merupakan satu titik di mana negara kita menjadi sebuah negara berdaulat dengan acuan kita sendiri..

Sejak detik keramat itu, pelbagai dugaan dan cabaran telah didepani sehinggalah wujudnya Malaysia yang ada kini.. Kita kini boleh berbangga dengan hasil usaha serta penat lelah dari setiap generasi sehinggalah generasi pada hari ini.. Kita telah bersama-sama mengharungi segala pahit manis perjuangan semata-mata untuk melihat sebuah negara bangsa yang dihormati dan disegani di serata dunia..

Sejarah membuktikan Malaysia yang ada pada hari ini adalah warisan generasi terdahulu yang bersusah payah membentuk dan mencorakkan tanah air tercinta.. Terlalu banyak nukilan sejarah yang tercatit tentang pengorbanan mereka.. tetapi..... bersyukurkah kita...? bersyukurkah kita atas nikmat yang ada pada hari ini..? 

Apa erti kemerdekaan yang sebenarnya..? hanya dengan melaungkan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" yang kemudiannya disusuli dengan nyanyian dan konsert sepanjang malam..? cukupkah sekadar mengadakan sambutan dan perarakan saban tahun..? cukupkah sekadar menyiarkan filem2 berkaitan kemerdekaan..? cukupkah ini semua..??

Kemerdekaan bukan dari sudut fizikal semata.. Kemerdekaan yang sebenar adalah kemerdekaan jiwa & minda.. Yaa, inilah kekangan sebenar.. dan harus diingat, tanpa kemerdekaan jiwa dan minda, kemerdekaan fizikal yang dikecapi tidak bermakna.. sebenarnya, kita belum merdeka.. fikiran kita masih dimomokkan dengan anasir2 barat khususnya.. tidak kurang juga ada yang menganggap bahawa merdeka itu sebagai "bebas" melakukan apa sahaja tanpa halangan; dan ini merupakan liberalisme barat yang semakin menular dalam masyarakat kita.

Ayuh, sama-samalah kita mempertahankan kemerdekaan yang telah kita kecapi ini.. Usah dicemari dengan kapitalis, liberalisme & ideologi barat.. serangan  minda ini boleh menyebabkan kita hilang arah tuju, terkontang kanting, terkapai-kapai mencari identiti diri walaupun hakikatnya kita telah merdeka.. Sama-sama kita koreksi diri, bersama memelihara Malaysia tercinta agar kemerdekaan yang dikecapi subur untuk selamanya.. dan yang paling utama, jangan berkiblatkan penjajah!

Selamat Hari Merdeka..!~

29 August 2010

Pak Ku Shadat

Pak Ku Shadat, satu nama yang pernah popular satu ketika dahulu terutama di negeri Kedah & Perlis.. Beliau merupakan seorang penglipurlara yang kaya dengan seloka2 rakyat.. Memang tak dapat dinafikan hanya segelintir ja yg kenaii dan pernah dengaq nama Pak Ku Shadat ni.. Semakin hari semakin dilupakan.. lumrah hidup kan.. Tapi ampa tau dak yang Pak Ku Shadat ni leh ckp bnyk bahasa woo.. Cina, tamil, siam, BI, arab & Jepun..! hebat kan...?

Bila aku terjumpak lagu2 Pak Ku Shadat tadi, tetiba terteringatkan zaman sekolah rendah dulu2.. hehe.. time tu lebih kurang darjah 2-3.. memang femess la lagu2 dia.. kat rumah siap ada kaset lagi.. haha.. punya la hebat.. dan tak ketinggalan jgk kaset R.Azmi..  Antara lagu2 dia yang aku ingat lagi antaranya.... Vespa Haji Samad, Kesah Jepun mai Tanah Melayu, JPJ dll.. Bila dengaq2 balik, walaupun ni dikategorikan sebagai lagu seloka, tapi mmg meaningful la.. Menarik+Lawak+Best dan ada unsur2 nasihat.. mmg TERBAEKK la..!


ok la, ni just nk share skt lagu yg glamer 1 ketika dahulu...







27 August 2010

Pekan Rabu..!

Assalamualaikum & salam sejahtera.. cakkk!~ ^_* haa, hari ni aku ada dengaq lagu yg menarik, berkenaan "Pekan Rabu". Besh rupanya.. hehe.. walaupun aku anak jati Kedah, tapi ni 1st time aku dengaq lagu ni.. muehehehe.. dan.... memandangkan lagu ni macam bestt ja, aku pun 'cewi' seketika.. dok ulang 5-6 kali.. lirik dia sempoi dan menarik.. haha.. lawak pun ada.. ;)

tapi sebelum tu, let me story skt pasai "Pekan Rabu"  ni.. "Pekan Rabu" kira simbol n tempat paling glamer la kat Kedah ni especially kat Aloq Setaq.. sbb, asai ada ja org luaq (pelancong) mai Kedah, wajib nak p sana.. tapi kami org Aloq Setaq sendiri mmg malaihh la nak p sana.. bukan paa, dengan 'jem' lagi.. nak parking pun susah.. haaa, mengalahkan Kolompo dah sekarang ni.. tambah2 bulan posa ni, nak dekat raya dah.. lagi la org berpusu-pusu p sana..

yg best nya, kat "Pekan Rabu" ni mmg macam2 ada la..!~ ampa sebut ja nak apa.. tudung bawaii..? kain pelekat..? kain batik..? makjun? minyak angin? ubat urat..? semua ada beb!~ makanan pun semua jeniss ada.. dari ikan pekasam, dodoii, kuih bahulu, kuihteow, serunding, rojak mak bee.. semua ada.. hebat x...?  bukan tu saja, brg2 lain mcm toto la, belanga, lesung batu, tikaq, buku2 & kitab2 agama semua ada.. kedai barang emas pun ada.. haa... tak hebat lagi tara tu..? mana ampa nak cari 1 tempat yang ada semua cmtu..? hahaa.. no wonder la, "Pekan Rabu" ni amat glamer..

Aneka tudung bawal

Dodol @ dodoii

Macam2 ada!~
"Pekan Rabu" ni kira ilham PM kita yg keempat, Tun Dr.Mahathir Mohammad yg pada waktu tu mmg nak sangat tengok org Melayu berjaya.. and that's why lahirnya "Pekan Rabu" ni.. Tahniah Tun! dan sekarang kita dapat lihat ramai usahawan2 Melayu yang berniaga kat "Pekan Rabu" ni dah berjaya.. macam ni la yg kita nak.. =)

ok la, jom layan lagu "Pekan Rabu".. hahaa..~ zaasssss..







26 August 2010

Nuzul Quran

Malam ni, malam 17 Ramadhan 1431H.. seperti yg kita tau pada mlm 17 Ramadhan ni la Al-Quran diturunkan ke atas Rasulallah s.a.w.. mungkin ramai antara kita yg x ambik kesah sgt pun.. dan tak kurang ramai jgk yg seronok sbb CUTI.. "yeayyy, cuti..! yess, yess, leh aku berehat..., p jln2..., balik kampung... & bla..bla..bla.." betui dak...? ^_^

tapi, jom la kita tau serba skt pasai mlm yg mulia ni.. ye la, wahyu pertama dari Allah kan.. dan dgn itulah kita berpegang dgn agama Islam yg mulia ni, yg guide kita untuk terus hidup berlandaskan wahyu dari Allah..

 Tanpa kita sedari dah 1400++ tahun dah syiar Islam berkembang kat bumi ni.. semuanya kita berpandukan Al-Quran & As-Sunnah yg memimpin kita ke jalan yg lurus..

23 August 2010

Di kala malam..

Jam laptop aku menunjukkan hampir jam 11.10 mlm..bagi sesetengah org, mereka menganggap mlm masih muda.. tp aku..??? aku dah ngantuk weii!!!~ tak tahan dah mata ni menahan pedih.. huhu..

pasepa ntah, ngantuk awai pulak hari ni.. tadi time terawikh pun, takat 8 ja mampu..ngantuk!~ *_* hmm, mst sebab aku tak tidoq langsung hari ni.. td lps subuh mana tdoq pun.. dok ngadap laptop ni ja.. pastu buat claim yg  PLKN tu.. yeayy!~ tak sabaq nk tunggu duit masuk.. tp, jenuh la.. 2-3 bulan lagi la gamaknya.. xpa2, mcm la tak pernah Azhani oiii...

ptg tadi plan, kononnya mlm ni nak explore la benda alah ni..maklumlah, saya budak baru belajar..haha.. tapi ni dah ngantuk nk explore mendanya?? takpa la, aku rasa mata aku ni semakin memanggil2 untuk tdoq.. ishh.. takdan dan aiihh.. "Malam masih muda" kata sesetangah org.. ya ka mlm masih muda..? aku tgk kat luaq nun ayam, kucinn pakat tdoq abih dah pun.. bulan pun apa kurangnya.. sudah mula menarik selimut untuk tdo..


maka.. aku rasa, aku pun kena tdoq jgk ni.. mata dah kuyu.. adehhh.. tapi aku nak abiskan jgk menulis ni.. al-maklumlah, POYO skt sbb baru ja kan berkecimpung dlm dunia IT yg serba canggih ini.. ;p

ok la, selamat malam, selamat bersahur & selamat berpuasa...~ ^_*



p/s : nak call beyonce' terchenta dulu sblm titon.. ^_^

Saya Budak Baru Belajar..

Hmm, how to start..??~ erkk.. ermm.. haa, yeaayyyyyyy!!!~ akhirnya berjaya jgk aku mempunyai blog sendiri.. yahoooo..!!! sebenaqnya dah agak lama la jgk aku dok pendam hasrat nak buat blog ni.. tp aku x reti.. buta IT rupanya aku.. huhu.. malu pun ada.. ^_^  ye la kan, di zaman yg canggih serba moden ni, masih ada lagi org yg macam aku ni.. ;p  macam ada peribahasa yg pernah belajq dulu2, "seperti katak di bawah tempurung".. tapi rasa nya, katak zaman sekarang pun lagi moden+maju+sofistikated..

Tapi tak kisah la apa pun, yang pasti sekarang aku dah ada blog.. hehe.. nak jadi blogger.. tapi masih banyak lagi yang aku kena belajaq.. chaiyyokk2!~  *_^