20 November 2010

Berkatalah benar sekalipun perkara itu pahit

"Berkatalah benar sekalipun perkara itu pahit" :::> kata2 ini aku pelajari semasa darjah 5.. aku tak pernah lupa.. dan insyaAllah tak mahu lupa. tambahan pula, guru yang mengajar aku ketika itu adalah guru fevret aku, Ustaz Latiff.. =)

Dari mata kasar aku, kita sekarang mudah alpa dan lupa dalam mentaatiNya.. termasuklah diri aku sendiri.. memang tak dapat dinafikan, manusia itu bersifat 'pelupa'.. kerna itulah perlunya sahabat2 sekeliling untuk berdamping supaya sentiasa dapat berkongsi ilmu, pendapat, pandangan dan jugak memberi teguran bila kita tersilap langkah.. sebenarnya, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengajak kepada kebenaran dalam menuju redhaNya.. bukan sahabat yang hanya untuk borak2 kosong, merapu tak tentu hala dan juga sekadar untuk bergumbira..~  dalam konteks ni maksudnya, sahabat2 berperanan "berkatalah benar" untuk memastikan kita sama2 tidak terpesong dari landasan sebenar..

Tapi, sejauh manakah kita mampu untuk menerima segala kritikan, pandangan, pendapat dan nasihat orang lain..? kebalkah telinga kita untuk mendengar kesalahan kita untuk ditegur..? lembutkah hati kita untuk menerima dan mengiakan bahawa, 'aku sudah tersalah langkah, aku wajib terima, aku sedar, aku akur'..?? ringankah mulut kita untuk mengucapkan 'syukran ya sahabat atas teguran yang diberi..' ??


Atau kita memang tergolong dalam golongan manusia yang tidak dapat menerima teguran..? atau cepat melenting dan melatah apabila ada insan2 yang Allah gerakkan hatinya untuk menasihati kita.. kita sepatutnya syukur bahawa masih ada lagi insan di bumi ini yang ambil berat dan prihatin terhadap diri kita.. syukur kepadaNya kerana nikmat Allah tak pernah putus terhadap kita.. dikurniakan sahabat2 yang sedemikian juga merupakan nikmat Allah yang tak terhitung nilainya..

Aku hairan... aku keliru...  kenapa kita manusia yang lemah ini masih tidak mahu mengakui kesalahan dan kesilapan diri.. matlamat kita semua adalah 1, untuk mencari redhaNya dalam perjalanan mencari kebahagiaan yang hakiki.. Hargailah sahabat sekeliling anda yang ingin melihat kita bersama mengecapi matlamat itu..

Bersama-samalah kita "Berkatalah benar sekalipun perkara itu pahit" demi menegakkan kebenaran.. Usah dipeduli apa orang nak kata.. sama2 kita kentalkan hati.. sama2 lah kita memberi teguran mengikut daya kemampuan kita...

Rasulallah sendiri pernah bersabda " Sesiapa di antara kamu yang melakukan kemungkaran, maka tegurlah ia dengan tanganmu, jika tidak mampu maka gunakanlah lisanmu..dan jika tidak mampu juga, cukuplah sekadar dengan hatimu, iaitu selemah-lemah iman.."


Sama2 lah kita berpesan-pesan pada kebenaran dan insyaAllah semoga Allah memberikan hidayah dan kekuatan dalam menempuhi liku2 hidup..

09 November 2010

setelah sekian lama..... ^_^

Hari ni 9 nov 2010... fuuuuhhhh... dah lebih 2 bulan aku tak berblog.. huhu.. nak kata bz, tak pun..sbb aku ni bukan kerja pun... muehehehe.. selama 2 bulan ni, terlalu bnyk sangat la benda yg berlaku.. nak tulih semua pun, aku pun dah tak ingat... tapi yang pasti ada yang best  & tak best..  yang pasti, ada 2 benda yang tak dapat aku lupakan....

1.  Tanggal hari Jumaat 29 Oktober 2010,  lebih kurang jam 1230pm.. Aku dapat 1 berita yang amat-amat menggembirakan.. Alhamdulillah.. tu ja ucapan yang tak putus2 keluar dari bibirku... Syukurku kehadrat Mu Ya Allah... =) berita ini disambut dengan linangan dan aliran air mata gembira.. Alhamdulillah... akhirnya, setelah 2 tahun 2 bulan aku grad sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian), akhirnya.... aku berjaya untuk memperoleh tempat dalam perkhidmatan awam sebagai PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK.. Alhamdulillah.. tak tau nak gambarkan perasaan aku time tu camna.. terkejut bercampur gembira.. dan yang pasti, aku amat bersyukur kepada Allah...

Aku sedar, setiap apa yang kita lalui adalah ujian dari Allah untuk mengetahui sejauh mana ketabahan dan kesabaran kita selama ini.. dugaan yang aku lalui selama 2 tahun ini akhirnya Allah berikan aku sesuatu yang amat bernilai... Ya Allah... walaupun aku sering alpa dengan suruhan Mu, namun Kau tetap memberikan nikmatMu terhadap ku... Syukran Ya Allah.. Alhamdulillah... Allah tak pernah putus memberikan nikmat kepada kita walaupun kita kadang2 alpa dan leka untuk bersyukur kepadaNya... aku sebak + terharu + malu.. =(

Bukan aku sorang ja hepiiiiiii, org2 lain pun hepiiiii jgk... ^_^ parents aku semestinya orang yang paling gembira... memang selama ni depa dok menanti bila la aku nak dapat keja.. and finally.................. Alhamdulillah...  abah, mama, at last kakak dapat keja gomen...!!!~ semua ni rezki Allah.. semua Allah yang bagi.. =) dan.... kesayangan saya (Badrul Hisham Mohd Ridhwan) jgk sgt hepi bila saya dapat keja gomen.. hehe... thanks sayang sebab menyokong saya selama ini... dan tak jemu2 melayan kerenah aku..=p
haa, yang pasti seluruh ahli keluarga aku termasuk adik2, tok2, sedara mara, jiran tetangga dan kawan2 aku sume suker... hehe... (ye ker..? =D)

sebenaqnya sampai hari ni pun aku still macam tak percaya aku dapat PTD.. thats mean, aku adalah antara 400 yang TERBAIKKKK dari 63,000 calon2 yang apply PTD..  400 out of 63,000... wowwwwww!!!~ hehe... apa2 pun, aku anggap semua ni rezki Allah.. n lepas ni hari2 yang mendatang pasti akan lebih mencabar..

"Ya Allah... Teguhkanlah iman ku.. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatMu.. dan janganlah Engkau jadikan aku hamba yang kufur akan segala nikmatMu.. semoga aku menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan redha di atas segala ketentuanMu.. Aku berlindung padaMu dari kejahatan langit dan bumi... Aminnn....~"

(1 lagi perkara yang jadi, mcm akau tulis kat atas, nnt aku smbg.. rasa dah pjg dah post ni..hehe)