20 November 2010

Berkatalah benar sekalipun perkara itu pahit

"Berkatalah benar sekalipun perkara itu pahit" :::> kata2 ini aku pelajari semasa darjah 5.. aku tak pernah lupa.. dan insyaAllah tak mahu lupa. tambahan pula, guru yang mengajar aku ketika itu adalah guru fevret aku, Ustaz Latiff.. =)

Dari mata kasar aku, kita sekarang mudah alpa dan lupa dalam mentaatiNya.. termasuklah diri aku sendiri.. memang tak dapat dinafikan, manusia itu bersifat 'pelupa'.. kerna itulah perlunya sahabat2 sekeliling untuk berdamping supaya sentiasa dapat berkongsi ilmu, pendapat, pandangan dan jugak memberi teguran bila kita tersilap langkah.. sebenarnya, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mengajak kepada kebenaran dalam menuju redhaNya.. bukan sahabat yang hanya untuk borak2 kosong, merapu tak tentu hala dan juga sekadar untuk bergumbira..~  dalam konteks ni maksudnya, sahabat2 berperanan "berkatalah benar" untuk memastikan kita sama2 tidak terpesong dari landasan sebenar..

Tapi, sejauh manakah kita mampu untuk menerima segala kritikan, pandangan, pendapat dan nasihat orang lain..? kebalkah telinga kita untuk mendengar kesalahan kita untuk ditegur..? lembutkah hati kita untuk menerima dan mengiakan bahawa, 'aku sudah tersalah langkah, aku wajib terima, aku sedar, aku akur'..?? ringankah mulut kita untuk mengucapkan 'syukran ya sahabat atas teguran yang diberi..' ??


Atau kita memang tergolong dalam golongan manusia yang tidak dapat menerima teguran..? atau cepat melenting dan melatah apabila ada insan2 yang Allah gerakkan hatinya untuk menasihati kita.. kita sepatutnya syukur bahawa masih ada lagi insan di bumi ini yang ambil berat dan prihatin terhadap diri kita.. syukur kepadaNya kerana nikmat Allah tak pernah putus terhadap kita.. dikurniakan sahabat2 yang sedemikian juga merupakan nikmat Allah yang tak terhitung nilainya..

Aku hairan... aku keliru...  kenapa kita manusia yang lemah ini masih tidak mahu mengakui kesalahan dan kesilapan diri.. matlamat kita semua adalah 1, untuk mencari redhaNya dalam perjalanan mencari kebahagiaan yang hakiki.. Hargailah sahabat sekeliling anda yang ingin melihat kita bersama mengecapi matlamat itu..

Bersama-samalah kita "Berkatalah benar sekalipun perkara itu pahit" demi menegakkan kebenaran.. Usah dipeduli apa orang nak kata.. sama2 kita kentalkan hati.. sama2 lah kita memberi teguran mengikut daya kemampuan kita...

Rasulallah sendiri pernah bersabda " Sesiapa di antara kamu yang melakukan kemungkaran, maka tegurlah ia dengan tanganmu, jika tidak mampu maka gunakanlah lisanmu..dan jika tidak mampu juga, cukuplah sekadar dengan hatimu, iaitu selemah-lemah iman.."


Sama2 lah kita berpesan-pesan pada kebenaran dan insyaAllah semoga Allah memberikan hidayah dan kekuatan dalam menempuhi liku2 hidup..

No comments:

Post a Comment