26 August 2010

Nuzul Quran

Malam ni, malam 17 Ramadhan 1431H.. seperti yg kita tau pada mlm 17 Ramadhan ni la Al-Quran diturunkan ke atas Rasulallah s.a.w.. mungkin ramai antara kita yg x ambik kesah sgt pun.. dan tak kurang ramai jgk yg seronok sbb CUTI.. "yeayyy, cuti..! yess, yess, leh aku berehat..., p jln2..., balik kampung... & bla..bla..bla.." betui dak...? ^_^

tapi, jom la kita tau serba skt pasai mlm yg mulia ni.. ye la, wahyu pertama dari Allah kan.. dan dgn itulah kita berpegang dgn agama Islam yg mulia ni, yg guide kita untuk terus hidup berlandaskan wahyu dari Allah..

 Tanpa kita sedari dah 1400++ tahun dah syiar Islam berkembang kat bumi ni.. semuanya kita berpandukan Al-Quran & As-Sunnah yg memimpin kita ke jalan yg lurus..

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: 

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

 *petikan dari tulisan Dr. Samsu Adabi  Mamat (Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, UKM)*



No comments:

Post a Comment