31 August 2010

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka!!!

 

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka!!! Inilah laungan keramat oleh Tuanku Abdul Rahman yang masih melekat dalam jiwa kita sehingga kini.. Detik bersejarah ini tidak mustahil akan dilupakan selamanya kerana ia merupakan satu titik di mana negara kita menjadi sebuah negara berdaulat dengan acuan kita sendiri..

Sejak detik keramat itu, pelbagai dugaan dan cabaran telah didepani sehinggalah wujudnya Malaysia yang ada kini.. Kita kini boleh berbangga dengan hasil usaha serta penat lelah dari setiap generasi sehinggalah generasi pada hari ini.. Kita telah bersama-sama mengharungi segala pahit manis perjuangan semata-mata untuk melihat sebuah negara bangsa yang dihormati dan disegani di serata dunia..

Sejarah membuktikan Malaysia yang ada pada hari ini adalah warisan generasi terdahulu yang bersusah payah membentuk dan mencorakkan tanah air tercinta.. Terlalu banyak nukilan sejarah yang tercatit tentang pengorbanan mereka.. tetapi..... bersyukurkah kita...? bersyukurkah kita atas nikmat yang ada pada hari ini..? 

Apa erti kemerdekaan yang sebenarnya..? hanya dengan melaungkan "Merdeka, Merdeka, Merdeka" yang kemudiannya disusuli dengan nyanyian dan konsert sepanjang malam..? cukupkah sekadar mengadakan sambutan dan perarakan saban tahun..? cukupkah sekadar menyiarkan filem2 berkaitan kemerdekaan..? cukupkah ini semua..??

Kemerdekaan bukan dari sudut fizikal semata.. Kemerdekaan yang sebenar adalah kemerdekaan jiwa & minda.. Yaa, inilah kekangan sebenar.. dan harus diingat, tanpa kemerdekaan jiwa dan minda, kemerdekaan fizikal yang dikecapi tidak bermakna.. sebenarnya, kita belum merdeka.. fikiran kita masih dimomokkan dengan anasir2 barat khususnya.. tidak kurang juga ada yang menganggap bahawa merdeka itu sebagai "bebas" melakukan apa sahaja tanpa halangan; dan ini merupakan liberalisme barat yang semakin menular dalam masyarakat kita.

Ayuh, sama-samalah kita mempertahankan kemerdekaan yang telah kita kecapi ini.. Usah dicemari dengan kapitalis, liberalisme & ideologi barat.. serangan  minda ini boleh menyebabkan kita hilang arah tuju, terkontang kanting, terkapai-kapai mencari identiti diri walaupun hakikatnya kita telah merdeka.. Sama-sama kita koreksi diri, bersama memelihara Malaysia tercinta agar kemerdekaan yang dikecapi subur untuk selamanya.. dan yang paling utama, jangan berkiblatkan penjajah!

Selamat Hari Merdeka..!~

No comments:

Post a Comment